Selamat Datang limasfood.com !
Selamat Datang.. Lima’s Food merupakan salah satu syarikat yang menghasilkan produk sambal kering yang mana kini tidak terdapat di pasaran dan tiada syarikat lain yang menghasilkannya mengikut keaslian ramuannya. Produk ini amat unik dan semakin dilupakan dari generasi ke generasi. Ramuan ini berasal dari warisan keturunan Jawa dan amat digemari bagi mereka yang gemarkan makanan/sambal pedas. Ia juga boleh di simpan lama dengan mengekalkan keranggupan ikan bilisnya. Produk utama yang dihasilkan adalah Sambal Bilis Taucu (Pedas Asli dan Pedas Manis) dan Sambal Tempe Goreng. Produk ini merupakan resipi asli yang diperturunkan dari generasi ke generasi dengan mengekalkan keaslian ramuan, cara pembuatan dan juga masakannya.